Monday, December 6, 2010

istimewa buatmu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Post pertama dalam blog nie khas buat adik..harap adik enjoy ye...

Perkenalan yang tidak pernah diduga,
Namun Allah itu Maha Mengetahui segalanya,
Meskipun pertemuan hanya sekadar di alam maya,
Namun Allah hadirkan rasa sayang dalam 2 hati yang tidak pernah bertemu...

Kedengaran ganjil dan pelik,
Namun itulah takdir Ilahi,
Yang pastinya ada hikmah yang tersembunyi,
Lalu syukur aku panjatkan atas nikmatNya...

Adikku yang dikasihi,
Unik dan istimewanya perkenalan kita,
Bajailah ia dengan rasa taqwa padaNya,
Dengan harapan redha dan rahmatNya menaungi kita,
Moga dengan redha dan rahmatNya kita kan bersama ke syurgaNya...

Adikku yang disayangi,
Sesungguhnya hati kita milikNya,
Maka letakkanlah segala pergantungan hanya padaNya,
Sesungguhnya kasih sayang ini anugerahNya,
Maka peliharalah bersama,
Jangan dicemari anugerah ini dengan sengketa sesama kita...

Wahai kesayanganku,
Sesungguhnya aku menyayangi kamu keranaNya,
Apa yang kuharap,
Jangan pernah ikatan kasih sayang ini menjauhkan kita dari Ilahi,
Jangan pernah merosakkan hati kita bersama,
Kerana hakikatnya aku hanya pinjaman cuma,
Yang hadirnya seketika,
Namun kuharap kekal hingga ke syurga,
Moga redhaNya sentiasa bersama kita...